Dec 30, 2010

Aduh! lipstik ku!

by
Dah jadi rutin lepas solat subuh, seperti biasa, aku membersihkan kandang kucing, rumah kucing, sangkar kucing dan menguruskan kucing-kucing.. Selepas sejam, ketika asyik membelek anak2 kucing, lap mulut dan telinga anak2 kucing tu, terdengar sayup suara Beeha memanggil, "mama! mama!"..

Dengan tersenyum aku menyahut panggilan Beeha tanpa menoleh ke arahnya.  Bila selesai tugasku membelek anak kucing tu, aku terus mendapatkan Beeha.. erkkkkkkkkkkkkkkk!!!



Itu lah wajah nya yg sebenar-benarnya bila bangun pagi.. tapi ada tambahan! lipstikku! oh tidakkk!!! Aku berlari masuk bilik tidur sambil dukung Beeha..

ehmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm!!
Adoii.. abis la lipstik mama sayang!.. feveret lak tu! Lepas ni terpaksa la mama carik lip brush sbb dah tak boleh tonyoh lipstik cenggitu kat bibir mama dah.. Nanti kita serupaaaaa!

Lately Beeha, suka mencuba segalanya dengan sendiri tanpa bantuan sesiapa pun.. Kalau tolong jugak, jawapnya Beeha akan menjerit dan menyembamkan muka ke lantai - marah, memberontak!  

Malam tadi mama biarkan Beeha makan homemade chocolate yang dikirim oleh sahabat mama dari Jakarta..



Ehmmm nampak gaya, mama kena selalu standby wet tissues dan baju extra sbb ke mana saja Beeha pergi, kompem comot satu badan!

Psst! kalau baby boy pun kompem mcm ni jugakkan? hehe. jgn sampai dewasa sudah le ye..


Dec 25, 2010

Lymph nodes?

by
Apa tu? 1st time dengar *sbb tak sekolah aliran sains hehe * 
Doc kata sistem badan kita mmg ada benda ni..
Tp dlm kes Beeha lymph node tu bengkak
Dkt rahang belakang telinga..


Dec 24, 2010

Pusat Darah Negara kini kekurangan bekalan

by
Pagi ni saya dikejutkan oleh tetamu dari Pusat Darah Negara. Mereka minta kerjasama organisasi tempat saya bertugas menampal poster yang mereka bawa.


Tetamu :  Mintak bantuan edar poster ni Puan, dan dapat kerjasama menderma dara darah di pusat darah negara sebab bekalan dah susut.  Cuti2 sekolah mcm skrg mmg perlukan banyak stok.

Saya : Tak de masalah. Malah saya akan email kepada semua petugas mengenai kempen ni.

Tetamu : Bagus2!.. Kita buat ni untuk tolong  orang2 yg memerlukan..


Apa lagi kawan2?.. Jom derma darah!. Tambah2 skrg ni byk betol jumlah kemalangan yg berlaku.  Hari ni kita tolong orang, esok lusa belum tahu lagi kita mungkin amat2 memerlukannya..

Psst! : Di Barat makin ramai golongan homoseks membantah larangan membenarkan mereka menderma darah. Hmm mcm mana di Malaysia ye?.. 

Dec 23, 2010

Dec 21, 2010

Sampai sudah!

by
Dam dee dum daa daa!.. Hadiah sampai sudah!


|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/

+


Maka terus ku isi khazanah di dalam
|
|
\/

Dengan kain telekung, mekap dan blackberryku huhu!

Terima kasih Just!

Sepit love tu yg mahal! hehe


Dec 19, 2010

Hadirmu tetap ku kenang..

by
Ketika kau mula menetap di sini, terus terang ku katakan, kau tak ku hargai. Kau terlalu angkuh dengan kecerdikanmu. Teringat pesan ibuku, kalau pilih yg berciri sebegini, dia kelak merosakkan dan akan buat hatiku sedih. Namun aku engkar, kerana godaan aku Berjaya memilikimu pada tahun 2003. Betul kata ibu, sesudah itu hari demi hari dapat ku rasakan, dalam diam kau bukan sahaja merosakkan barang kesukaanku malah sering membuat hatiku pilu. Apa yg boleh ku lakukan hanya bersabar dengan kerenah mu.

Kini, sejak awal tahun, kau sering sakit2. Aku pasrah. Jika kau dapat membaca coretan ku ini, percayalah, aku masih memerlukan kehadiranmu dalam hidupku. Hari ini.. kau merajuk lagi..


Dec 14, 2010

Beeha's trip to Low Yat

by
Ini catitan buat Beeha, harap bila Beeha dah memahami dan matang, Beeha baca la diari mama ni ye?


Baik betul anak dara mama ni bila naik monorel menuju ke Low Yat plaza.

Dec 13, 2010

Saya lah pemenangnya! *tepuk! tepuk! tepuk!*

by
Ingat entri saya mengenai Just Corner Bo GiveAway? Siapa sangka, 1st time join blog contest online boleh menang. Itulah rezeki namanya kan? :)



Dec 10, 2010

Virus oh Virus!

by
Cerita semalam : Dah 2 hari pc2 dak2 opis ni termasuk pc saya disinggahi virus trojan. Pc jiran sebelah sampai masuk worksyop la huhu..




Panic gak mula2 tu sbb pantang la keyboard berabok ni terusik, mendayu2 keluar pop-up box warning kata ada virus ni.. Apa lagi, ber mayday! mayday! kat bahagian teknikal la..  Tertunda sekijap kije2 saya.. Sementara mereka bersiap sedia berperang dalam usaha membunuh virus kejam di pc, saya pun ke tingkat 2 untuk menunaikan solat sikijap..

Dec 8, 2010

'Search Box' di Online Shopping Blog/Web

by
Hari ni timbul keinginan melawat blog2 yg menjual baju dan aksesori baby. Saja browsing kot2 terberkenan nak membeli. Seronok shopping dgn hanya tekan butang enter ni. Tak yah nak terkial2 parking keter kat shopping kompleks huhu!

Keadaan sebenar kibod ku.. Tak cayer? cuba cek kibod kowang lak..

Dec 6, 2010

Aktiviti boling di Wangsa Walk

by
Selepas hampir setahun tak berboling, saya serah diri join team VIP untuk 1 tournament di Wangsa Walk Wangsa Maju. Itupun sbb dah tak de player. 5 Dis, jam 7.45 pagi saya drive ke sana. Sbb first time ke sana, mcm biasa saya sesat hehe. Boleh masuk ke jalan Fairview International School pulak. Nasib baik terserempak dgn 1 middle age couple tgh jogging. Lps dpt arah jalan dari couple tu, saya sampai jugak ke Wangsa Walk.


Dec 1, 2010

Perkhidmatan Asah Parang

by
Dah jumpa org buat kerja ni di area chow kit! Di lorong-lorong tertentu. Gangster? Ntah.. tapi jujur lah, kalau tak tajam tak boleh buat 'kerja'. Mmg Menyiksakan sebab keratan dan 'luka' tak cantik!.

Selain parang, pisau dan gunting pun dia terima asalkan guna untuk memotong

Nov 29, 2010

Kursus teambuilding di Felda Trolak, Perak

by
Wahai Diari, kita jumpa lagi hari ni. Kali ni kes entri kem bina semangat. Dah lama tak join aktiviti ni. Rasanya yg last was 10 years ago huhu!.. Bila gaji dah nak kiok sekali lagi tahun depan dan stuck kat unit ni, timbul hasrat nak motivate diri. Badan pun rasa semput je manjang, boling pun tak join tahun ni, apa tah lagi swimming yg dah err 8 tawon tak turun kolam renang, mmg wajib aktif balik ni tih tih!. Pulak tu dengar kengkawan ada yg kena stroke, makin kuat la hasrat nak serah diri kat kem ni.. muhaha!

Antara geng yg pegi

Nov 25, 2010

Belajar update blog

by
Salam Diari.  Just nak jot down sikit je.. *jeling jam* Dah nak pukul 5.30 ptg. Jap lg nk balik. Seharian saya melawat tutorial blog hari ni.  Migrain dah mula menempek sejak tengah hari tadi huhu. Cuba gagahkan diri tak mau telan Ponstan.

Antara perkara yg saya belajar dan buat hari ni ialah :
  • Penyelesaian kepada 'Facebook Share' yang mempamerkan imej yg salah dari sini.

Nov 24, 2010

Beguk - Bengkak Beruk

by
Salam pagi Rabu, My Diary.

Kali ni entri buat Beeha. - Hari ni Ma nak catit dalam diary yg Nabeeha dapat sakit beguk@begok semalam. Patotla 2-3 hari sebelum tu asyik demam dan merengek terutama waktu malam. Bukan Beeha je tak tido, Ma pun sama sbb cuba memahami kenapa Beeha mcm tu.

Photobucket

Nov 23, 2010

USD10 per click!

by
Not sure whether it works. Found this banner in finance section at innit.nuffnang.com. It sounds so promising and yet... later i found out in few webs say that this site is a scam - Advertisers only pay $5 for 1000 clicks on this site and ..you will be paid $10 per click?.






The truth?.. i terjoin hehe.. budus budus! *antok pala kat dinding*

Nov 22, 2010

Selamat Menghadapi Peperiksaan Sebenar Anakku!

by
Tik tok tik tok.. akhirnya tiba lah waktu yang ditunggu kamu berjuang menempuh hari yang sebenar, anakku. Esok, bermulalah saat dan tikanya. Mama dan guru2mu tak mampu membantu mu lagi. Hanya doa dan ingatan mama iringi. Semoga dengan tenang dan dipermudahkan Allah kamu dapat menjawap soalan2 yang terbentang nanti dengan mudah..

Sedar lah wahai anakku, kamu kini berada di penghujung persekolahan, di hujung pembelajaran. Hanya kamu yang mampu merobah dan mencorak masa depanmu.  Usah kamu gemuruh, usah kamu cemas dengan apa yg bakal berlaku.  Hadapi lah ia dengan kalimah Bismillah..



Mama tidak mengharapkan sebarang balasan mahupun ganjaran dari kamu wahai anakku. Cukuplah jika kamu mampu mengorak langkah sendiri dan berjaya mengharungi segalanya dengan tabah.  Sesungguhnya anakku, dengan usaha dan iman yg kukuh, kamu takkan mudah goyah.. percayalah.. :)

Nov 18, 2010

Dah tak de BAKAT dah..

by
Nk tau BAKAT tu apa?.. Persatuan Kebajikan Isteri Tentera la.. sbbnya cik abg saya tu tentera huhu.. mcm PERKEP... tu khas untuk isteri Polis la


Bila saya dipanggil (bukan dijemput) ke majlis perpisahan Bakat pada 13 Nov, saya tidak rasa sedih langsung malah happy sesangat.. Dah lama saya nak ckp.. tp terbuku .. Sebabnya? terus terang saya tak suka dengan amalan hieraki atau senang cakap amalan berkasta persatuan ini yg berdasarkan pangkat dan status suami. Dan saya rasa perkara ini masih di amalkan oleh persatuan Bakat di kem-kem lain di negara ini.

Nov 16, 2010

Happy EID MUBARAK and Happy Holidays!

by
Jika balik kampung tu, berhati-hati la memandu ye.. dan kalau menjamu selera di pagi Raya tu ingat2 kan saya di sini ye.. ooWWaaAaaa!..

Nov 15, 2010

JUST CORNER BO GIVEAWAY!

by
Photobucket

Berminat memenangi BO (Bag Organizer) seperti di bawah?  Sila klik gambar avatar di atas atau di SINI

Menghapuskan dosa dua tahun..

by
Terima call abah petang semalam, disamping bertanya khabar abah berpesan supaya jika sihat tubuh badan berpuasalah pada hari Selasa ni, 16 Nov - puasa hari Arafah.

Terima kasih buat abah yang sentiasa mengingatkan kepada anakmu ini yang sering alpa..

Photobucket

Marilah kita bersama-sama merebut pahala puasa hari Arafah ni. Kita (yang tidak menunaikan haji) digalakkan berpuasa (sunat muakkad) pada 9 Zulhijjah, hari Arafah yang istimewa berdasarkan hadis berikut:

Hadis riwat Imam Muslim -
  • Dari Abu Qatadah, Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah) maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (inilah yang saya maksudkan menghapuskan dosa dua tahun :)
  • Dari Aisyah r.a. - Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (Sahih Muslim)

Kepada mereka yang mengerjakan wukuf di Arafah pula, merujuk hadis Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah:

  • Dari Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w telah melarang berpuasa pada hari Arafah di padang Arafah.
  • Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT. memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : " Lihatlah kepada hamba-hamba-Ku yang datang kepada-Ku.".(Riwayat Ahmad)

Nov 12, 2010

Nur Dalili Nabeehah

by
Kehadiranmu memberi seribu erti buat mama dan ayah.. Potret-potret mu membawa seribu makna..


Nov 11, 2010

Jangan parking tempat saya boleh tak?

by
Buat jiran yg ku sayangi, kenapa la gunakan parking lot saya? Saya ni menahan geram *tak marah* dr petang semalam. Kalau pun bukan awak yg park, mungkin tetamu awak, takkan la awak tak paham rules n regulations kat block kita ni?.. Cuba saya park kat tempat awak, apa awak rasa?


Nov 10, 2010

Macam mana nak hapuskan nyamuk?

by
Seorang sahabat baru je balik bertugas setelah cuti sakit selama 2 minggu angkara demam denggi. Malah ketika suami mendapatkan rawatan demam di hospital selayang baru-baru ni, doktor check darah. Bila di tanya mengapa, jawapnya, 'dengue attack'. Kata sahabat, lepas admitted pihak hospital akan maklum pada jab kesihatan untuk membuat fogging di kawasan terbabit. Silap haribulan, kena denda. RM50 untuk seko anak nyamuk, boleh?.. Ada pakcik tu bg tau dia, dia kena saman RM300 sbb jumpa 6 ekow anak denggi kat rumah dia..

cecair serai wangi

Apr 13, 2010

Pek Permulaan dan Top Up Score A Programme

by
Saya pasti ramai yang telah mendengar mengenai “Score A Programme”. Penerangan mengenainya boleh didapati di dalam banyak laman web dan blog-blog tempatan. Kepada ibubapa yang ingin mencuba program ini buat kali pertama bagi mendorong anak-anak meningkatkan pencapaian kecemerlangan pelajaran mereka, boleh mendapatkannya seperti berikut...

Top Ad 728x90