Nov 29, 2010

Kursus teambuilding di Felda Trolak, Perak

by
Wahai Diari, kita jumpa lagi hari ni. Kali ni kes entri kem bina semangat. Dah lama tak join aktiviti ni. Rasanya yg last was 10 years ago huhu!.. Bila gaji dah nak kiok sekali lagi tahun depan dan stuck kat unit ni, timbul hasrat nak motivate diri. Badan pun rasa semput je manjang, boling pun tak join tahun ni, apa tah lagi swimming yg dah err 8 tawon tak turun kolam renang, mmg wajib aktif balik ni tih tih!. Pulak tu dengar kengkawan ada yg kena stroke, makin kuat la hasrat nak serah diri kat kem ni.. muhaha!

Antara geng yg pegi

Nov 25, 2010

Belajar update blog

by
Salam Diari.  Just nak jot down sikit je.. *jeling jam* Dah nak pukul 5.30 ptg. Jap lg nk balik. Seharian saya melawat tutorial blog hari ni.  Migrain dah mula menempek sejak tengah hari tadi huhu. Cuba gagahkan diri tak mau telan Ponstan.

Antara perkara yg saya belajar dan buat hari ni ialah :
  • Penyelesaian kepada 'Facebook Share' yang mempamerkan imej yg salah dari sini.

Nov 24, 2010

Beguk - Bengkak Beruk

by
Salam pagi Rabu, My Diary.

Kali ni entri buat Beeha. - Hari ni Ma nak catit dalam diary yg Nabeeha dapat sakit beguk@begok semalam. Patotla 2-3 hari sebelum tu asyik demam dan merengek terutama waktu malam. Bukan Beeha je tak tido, Ma pun sama sbb cuba memahami kenapa Beeha mcm tu.

Photobucket

Nov 23, 2010

USD10 per click!

by
Not sure whether it works. Found this banner in finance section at innit.nuffnang.com. It sounds so promising and yet... later i found out in few webs say that this site is a scam - Advertisers only pay $5 for 1000 clicks on this site and ..you will be paid $10 per click?.






The truth?.. i terjoin hehe.. budus budus! *antok pala kat dinding*

Nov 22, 2010

Selamat Menghadapi Peperiksaan Sebenar Anakku!

by
Tik tok tik tok.. akhirnya tiba lah waktu yang ditunggu kamu berjuang menempuh hari yang sebenar, anakku. Esok, bermulalah saat dan tikanya. Mama dan guru2mu tak mampu membantu mu lagi. Hanya doa dan ingatan mama iringi. Semoga dengan tenang dan dipermudahkan Allah kamu dapat menjawap soalan2 yang terbentang nanti dengan mudah..

Sedar lah wahai anakku, kamu kini berada di penghujung persekolahan, di hujung pembelajaran. Hanya kamu yang mampu merobah dan mencorak masa depanmu.  Usah kamu gemuruh, usah kamu cemas dengan apa yg bakal berlaku.  Hadapi lah ia dengan kalimah Bismillah..



Mama tidak mengharapkan sebarang balasan mahupun ganjaran dari kamu wahai anakku. Cukuplah jika kamu mampu mengorak langkah sendiri dan berjaya mengharungi segalanya dengan tabah.  Sesungguhnya anakku, dengan usaha dan iman yg kukuh, kamu takkan mudah goyah.. percayalah.. :)

Nov 18, 2010

Dah tak de BAKAT dah..

by
Nk tau BAKAT tu apa?.. Persatuan Kebajikan Isteri Tentera la.. sbbnya cik abg saya tu tentera huhu.. mcm PERKEP... tu khas untuk isteri Polis la


Bila saya dipanggil (bukan dijemput) ke majlis perpisahan Bakat pada 13 Nov, saya tidak rasa sedih langsung malah happy sesangat.. Dah lama saya nak ckp.. tp terbuku .. Sebabnya? terus terang saya tak suka dengan amalan hieraki atau senang cakap amalan berkasta persatuan ini yg berdasarkan pangkat dan status suami. Dan saya rasa perkara ini masih di amalkan oleh persatuan Bakat di kem-kem lain di negara ini.

Nov 16, 2010

Happy EID MUBARAK and Happy Holidays!

by
Jika balik kampung tu, berhati-hati la memandu ye.. dan kalau menjamu selera di pagi Raya tu ingat2 kan saya di sini ye.. ooWWaaAaaa!..

Nov 15, 2010

JUST CORNER BO GIVEAWAY!

by
Photobucket

Berminat memenangi BO (Bag Organizer) seperti di bawah?  Sila klik gambar avatar di atas atau di SINI

Menghapuskan dosa dua tahun..

by
Terima call abah petang semalam, disamping bertanya khabar abah berpesan supaya jika sihat tubuh badan berpuasalah pada hari Selasa ni, 16 Nov - puasa hari Arafah.

Terima kasih buat abah yang sentiasa mengingatkan kepada anakmu ini yang sering alpa..

Photobucket

Marilah kita bersama-sama merebut pahala puasa hari Arafah ni. Kita (yang tidak menunaikan haji) digalakkan berpuasa (sunat muakkad) pada 9 Zulhijjah, hari Arafah yang istimewa berdasarkan hadis berikut:

Hadis riwat Imam Muslim -
  • Dari Abu Qatadah, Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah) maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (inilah yang saya maksudkan menghapuskan dosa dua tahun :)
  • Dari Aisyah r.a. - Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (Sahih Muslim)

Kepada mereka yang mengerjakan wukuf di Arafah pula, merujuk hadis Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah:

  • Dari Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w telah melarang berpuasa pada hari Arafah di padang Arafah.
  • Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT. memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : " Lihatlah kepada hamba-hamba-Ku yang datang kepada-Ku.".(Riwayat Ahmad)

Nov 12, 2010

Nur Dalili Nabeehah

by
Kehadiranmu memberi seribu erti buat mama dan ayah.. Potret-potret mu membawa seribu makna..


Nov 11, 2010

Jangan parking tempat saya boleh tak?

by
Buat jiran yg ku sayangi, kenapa la gunakan parking lot saya? Saya ni menahan geram *tak marah* dr petang semalam. Kalau pun bukan awak yg park, mungkin tetamu awak, takkan la awak tak paham rules n regulations kat block kita ni?.. Cuba saya park kat tempat awak, apa awak rasa?


Nov 10, 2010

Macam mana nak hapuskan nyamuk?

by
Seorang sahabat baru je balik bertugas setelah cuti sakit selama 2 minggu angkara demam denggi. Malah ketika suami mendapatkan rawatan demam di hospital selayang baru-baru ni, doktor check darah. Bila di tanya mengapa, jawapnya, 'dengue attack'. Kata sahabat, lepas admitted pihak hospital akan maklum pada jab kesihatan untuk membuat fogging di kawasan terbabit. Silap haribulan, kena denda. RM50 untuk seko anak nyamuk, boleh?.. Ada pakcik tu bg tau dia, dia kena saman RM300 sbb jumpa 6 ekow anak denggi kat rumah dia..

cecair serai wangi

Top Ad 728x90