Showing posts with label Islamic. Show all posts
Showing posts with label Islamic. Show all posts

Nov 15, 2010

Menghapuskan dosa dua tahun..

by
Terima call abah petang semalam, disamping bertanya khabar abah berpesan supaya jika sihat tubuh badan berpuasalah pada hari Selasa ni, 16 Nov - puasa hari Arafah.

Terima kasih buat abah yang sentiasa mengingatkan kepada anakmu ini yang sering alpa..

Photobucket

Marilah kita bersama-sama merebut pahala puasa hari Arafah ni. Kita (yang tidak menunaikan haji) digalakkan berpuasa (sunat muakkad) pada 9 Zulhijjah, hari Arafah yang istimewa berdasarkan hadis berikut:

Hadis riwat Imam Muslim -
  • Dari Abu Qatadah, Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah) maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (inilah yang saya maksudkan menghapuskan dosa dua tahun :)
  • Dari Aisyah r.a. - Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (Sahih Muslim)

Kepada mereka yang mengerjakan wukuf di Arafah pula, merujuk hadis Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah:

  • Dari Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w telah melarang berpuasa pada hari Arafah di padang Arafah.
  • Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT. memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : " Lihatlah kepada hamba-hamba-Ku yang datang kepada-Ku.".(Riwayat Ahmad)

Dec 23, 2008

Senaman Yoga diharamkan: Johor & Sarawak telah berkuatkuasa

by

Antara baris-baris berita yang kita perlu ambil perhatian serius :

"Muzakarah Fatwa Kebangsaan pada 24 Oktober 2008 menjelaskan yoga atau dalam bahasa sanskritnya, Nastanja Suria Nama Sakar bermaksud sujud kepada matahari dengan menggunakan lapan anggota badan iaitu dua tangan, dua lutut, 2 kaki, dada dan hidung adalah bukti perbuatan syirik kepada Allah selain ditambah dengan kata-kata memuji matahari"

"Yoga yang bermaksud usaha membebaskan diri daripada tekanan dan kerumitan hidup serta mencari ketenangan dengan berusaha menghubung dan menyatukan diri dengan Tuhan atau dikenali dengan tasawuf sebagai Wahdatul Wujud juga sudah difatwakan sebagai agama sesat oleh bekas Mufti Johor, Allahyarham Datuk Syed Alwi Al-Haddad"

Top Ad 728x90