Dec 4, 2008

Kehilangan Geran Kereta & Renew Road Tax - Cara-cara Mendapatkannya

Mungkin anda juga mengalami nasib yang sama seperti saya. Berikut ialah cerita saya yang saya rasa dapat memberi sedikit pengetahuan kepada semua. Saya membuat searching di internet dan terjumpa dengan beberapa links yang saya kira dapat membantu. Namun, selepas apa yang saya harungi hari ini, terdapat beberapa perubahan prosidur dalam link tersebut.

Pertama sekali, anda perlukan sekurang-kurangnya 1 hari bekerja untuk proses penggantian geran & pembaharuan cukai jalan – bergantung kepada kesesakan kaunter, itu pun kalau anda keluar rumah seawal 8 pagi.


1. Buat salinan kad pengenalan
(hadapan dan belakang di dalam 1 helai kertas A4 - Saya terpaksa turun naik bangunan JPJ Wangsa Maju untuk fotostat IC di kedai yang berderetan dengan kedai makan. So saya senaraikan ini sebagai keutamaan sebelum anda membuat langkah seterusnya)


2. Beli Wang Pos/Kiriman Wang/Draf Bank atau cek - RM50)
(atas nama “Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia”)


3. Membuat laporan polis
Hendaklah pemilik kenderaan sendiri yang membuat laporan mengenai kehilangan geran. Beli salinan laporan (yang disahkan oleh polis) dengan bayaran RM2 sehelai. SIMPAN RESIT bayaran untuk prosidur seterusnya.


4. Perbaharui insurans
(Hanya Jika dalam waktu yang sama, cukai jalan tamat tempoh)


5. Dapatkan surat permohonan mendapatkan GERAN PENDUA dari bank dengan bayaran RM20. (Dalam kes saya, saya tidak tahu langsung yang saya perlu mendapatkan surat ini. Nasib saya baik kerana ketika memperbaharui insurans di bank, pihak bank memaklumkan perkara ini.)


6. Ke PUSPAKOM - Hantar kereta untuk pemeriksaan dengan kadar bayaran RM25. SIMPAN RESIT bayaran untuk prosidur seterusnya. Pastikan anda membawa salinan geran lama atau cover note yang lama. Mungkin mereka ingin buat perbandingan. (Pandu masuk, tinggalkan lesen memandu di balai pengawal, pandu terus ke tapak pemeriksaan khas, buka bonet dan terus ke kaunter. Isi surat pelepasan tanggungan yang disediakan. Buat bayaran dan ambil nombor giliran. Tunggu di kereta sehingga mereka selesai buat pemeriksaan. Selepas itu anda akan diarahkan meletak kereta di kawasan yang disediakan dan tunggu di kawasan kaunter pembayaran sehingga nama atau no pendaftaran kereta anda diumumkan. Seluruh proses mengambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit) Jika tiada masalah boleh lah terus ke JPJ.


















7. Ke JPJ
(mengikut pengalaman saya berikut ialah prosidur yang harus diikuti):-
* Pemilik kenderaan HADIR SENDIRI.
* Dapatkan 2 helai borang senarai semak (Checklist forms)
* Isi borang JPJ K7 (Pind. 1/04). (seperti dalam gambar)
* Kad Pengenalan dan salinan kad pengenalan (Yang telah dibuat di No.1)
* Salinan laporan polis yang disahkan oleh polis dan resit bayaran. (Yang telah dibuat di No. 3)
* Laporan pemeriksaan PUSPAKOM (B2) dan resit bayaran asal (Yang telah dibuat di No. 6)
* Surat daripada pihak menuntut hakmilik kenderaan/Bank (Yang telah dibuat di No. 5)
* Bayaran Wang Pos/Kiriman Wang/Draf Bank atau cek RM50 (Yang telah dibuat di No. 2)


Dalam masa tidak sampai 10 minit ta - raaaaaaaaa! geran kereta yang baru di tangan anda! Oh ya! Saya membuat pemeriksaan kereta di Puspakom Wangsa Maju kerana ianya bersebelahan dengan JPJ Wangsa Maju. Dan seterusnya saya ke pejabat pos Carrefour Wangsa Maju untuk tujuan perbaharuan cukai jalan. Mudahkan?

Ke Pejabat Pos - untuk memperbaharui cukai jalan (renew road tax)

Anda boleh terus memperbaharui cukai jalan di JPJ tetapi saya dinasihatkan terus ke Pejabat Pos agar saya boleh claim rebate sekali gus! Akhirnya saya tersenyum dalam kepenatan apabila RM625 tunai berada di tapak tangan, selepas dari pagi hingga hampir petang membuat urusan..


12 comments:

AQisH said...

fuhhh..very gud info..tq for sharing ;-)

Gee said...

Betol Aqish! I had a hard time when this thing happened.. No one to refer to..

pinkiss said...

i pun baru terima RM625 last week. yahoo!

Zulhatfi Aziz said...

wah sis.. bagus la article nih.. tq for sharing

Gee said...

to pinkiss --> congrats! buat apa dgn duit tu? haha.. sure sopping sakan!
to curseshadow --> welcome to my blog yer! will see yours shortly.

NanaMacho said...

macam ni ekk cara nyerr
ape2 leh refer
tks sis

Anonymous said...

sekarang ni (Oct 2009) prosedurnya masih sama ker?

Anonymous said...

sekarang ni (Oct 2009) prosedurnya masih sama ker?

Gee said...
This comment has been removed by the author.
Gee said...

Tak pasti la Anonymous. Yg pasti kalau ada pembaharuan terkini, prosidur nya tak lari jauh. Tentu ada yg boleh menolong kalau pergi ke tempat2 yg disebutkan cuma jgn terpedaya dgn org2 yg mengenakan bayaran yg pada awalnya kita ingatkan mrk tu sekadar ringan tulang nak membantu. Dan rebate di pejabat pos tu dah tak digunapakai ya.. Skrg dah tak boleh claim dah..

Anonymous said...

Procedure terbaru:-

sediakan 2 keping salinan ic dan RM50. Gi ke JPJ, isi borang JPJ K7. Gi kaunter dan setel. xsampai 10 minit. Owh yea... jangan lupa tunggu giliran... hehehe

Jungle Gold said...

Yes..kini ada prosedur terbaru pindaan 2010. Kini tak perlu laporan polis, tak perlu puspakom, tak perlu wang pos. Semua boleh beres asalkan anda sertakan duit tunai RM50, salinan IC & borang (JPJK Pind.1/2010). Ada duit semua boleh settle..hehehe

ini pengalaman saya sendiri dan saya dah tulis artikel tentang perkara ini di http://changlunhamradio.blogspot.com/2010/07/kehilangan-geran-kenderaan-apa-prosedur.html

Top Ad 728x90