Nov 18, 2010

Dah tak de BAKAT dah..

Nk tau BAKAT tu apa?.. Persatuan Kebajikan Isteri Tentera la.. sbbnya cik abg saya tu tentera huhu.. mcm PERKEP... tu khas untuk isteri Polis la


Bila saya dipanggil (bukan dijemput) ke majlis perpisahan Bakat pada 13 Nov, saya tidak rasa sedih langsung malah happy sesangat.. Dah lama saya nak ckp.. tp terbuku .. Sebabnya? terus terang saya tak suka dengan amalan hieraki atau senang cakap amalan berkasta persatuan ini yg berdasarkan pangkat dan status suami. Dan saya rasa perkara ini masih di amalkan oleh persatuan Bakat di kem-kem lain di negara ini.
Hadiah dr Bakat

Saya ni tak tau psl amalan ni pd awalnya, *nk membebel la ni* tp bila saya cuba beramas mesra dan mengintrokan diri pd ahli2.. (time tu saya baru mula kerja  bahagian PR kat ofis ni, kena la tau bwk diri... etiket kena ada) tiba2 saya dipinggirkan.. masa tu tak tau la lagi.. bila lunch time, ada ucapan sepatah dua tak terkata dr org atasan - yg meminta ahli2 bakat yg baru masuk tidak 'terasa bahang' atau lebih senang 'perasan' mengenai amalan ini.. Masa tu.. rasa mcm kena simbah kicap la kat muka hahahaha!  Rasa memberontak dalam diri pun ada.. sbb mana2 event yg jabatan saya anjurkan kat ofis ni.. tak de la saya diketepi atau diketengahkan, saling tegur menegur.. wpun tinggi pangkatnya..(ingatlah kita semua ni sama je di sisi Allah, yg membedakan amalan kita).. Kami pun tau level kami di mana, takkan kami nak memandai dok meja vip kan? kan?

Sejak pd tarikh tu saya cuba mengelak dari hadir di aktiviti anjuran persatuan ni.. Saya hadir juga sekali dua mengenangkan suami memaksa.. itu pun lebih byk pd aktiviti sukan sahaja.. lebih tepat lagi acara boling huhu!. Dan pd tarikh keramat 13 nov tu saya dgn rasminya dah tak de Bakat lagi sbb cik abg pencen! hehe.. Wpun di suruh duduk meja vip.. maaf la.. tak rela you!..saya org biasa2 aja..

Alkisah, pemberian bingkai gambar 'jasamu dikenang' pun bertukar tangan.. *maaf ye.. setau saya, tak de penah la saya berjasa kt persatuan ni - sbb hati masih terbuku*



Masa nak hadir ke majlis ni, saya dah start sakit kepala, dan tak tau nak pakai baju apa, kasual ke rasmi ke.. sbb mmg tak dijemputkan? no dress code.  so saya pakai la kasual, kalau nak marah.. saya angkat kaki balik hehe..


Yg membuat saya stay iyela kerenah anak perempuan saya.  Beberapa puan di situ mendukungnya kerana gelagatnya yg tak tau dok diam.. Org pertama dia usik ialah rakan sebelah kerusi.. Saya pun tak tau kenapa la Beeha suka dptkan org ni.. Tup2 tu diaaaa.. dia pregnant 8 bulan rupanya.. org2 tua kata kalau budak perempuan tu dekat dgn org yg pregnant, tandanya jantina bayi org tu ialah lelaki, sbbnya lelaki dan perempuan kan saling 'attract to opposite gender' :)  Begitu la sebaliknya.


Ketika menyibukkan diri mendaftar nama, Beeha hilang lagi.. carik2.. ha ni dia org yg ke 2 dia terpa :

Adik nak apa?
Masa berlalu.. org atasan masih tak kunjung tiba.. topik nak berbual pun dah tak de sgt.. iyela kalau diri sendiri je yg mulakan topik.. yg ditanya takat ckp sepatah dua.. *byk ckp kah aku?* muhahaha.. eh mana Nabeeha?

ehmm paham2 je la..

Ok, dah abis bebel hari ni.. Apa2 pun saya ucap mekaseh yg tak terhingga pd persatuan ni pd hari tu sbb beri jamuan makan & minum petang. ehmm sampai rumah sakit kepala makin teruk. Nak jd cerita mata rasa nak terkeluar dan berat.. Sempat jugak saya masak makan malam.  Bila dah tak tahan, terus baring, suami picit, anak2 picit.. dah kabur biji mata.. menangis jgn di tanya.. muntah 2x.. keluar  mihun dan buah tembikai yg dimakan petang tu..

Akhirnya saya knock out setelah mkn ntah brp bijik pil dan ubat heartburn.. sedar2 dah pukul 4 pagi.. terus solat isyak .. dan sapedek.. lapo sgt hehe..

0 comments:

Top Ad 728x90