Dec 19, 2010

Hadirmu tetap ku kenang..

Ketika kau mula menetap di sini, terus terang ku katakan, kau tak ku hargai. Kau terlalu angkuh dengan kecerdikanmu. Teringat pesan ibuku, kalau pilih yg berciri sebegini, dia kelak merosakkan dan akan buat hatiku sedih. Namun aku engkar, kerana godaan aku Berjaya memilikimu pada tahun 2003. Betul kata ibu, sesudah itu hari demi hari dapat ku rasakan, dalam diam kau bukan sahaja merosakkan barang kesukaanku malah sering membuat hatiku pilu. Apa yg boleh ku lakukan hanya bersabar dengan kerenah mu.

Kini, sejak awal tahun, kau sering sakit2. Aku pasrah. Jika kau dapat membaca coretan ku ini, percayalah, aku masih memerlukan kehadiranmu dalam hidupku. Hari ini.. kau merajuk lagi..






Kowang ingat apa?.. mesin basuh laaa.. mak dah ckp jgn beli ciri2 auto, dan yang cerdik (digital). Mmg la senyap (diam) sbb bila dia spin tak berbunyi, tp abis baju baru beli, kesukaan aku babulu (berbulu)!.. yg buat hati aku pilu dan sedih tu sbb kena sound dgn asben sbb baju keja dia babulu.. Kira aku bersabar la dgn perangai mesin basuh ni sbb dah byk kali picit itu picit ini bagi dia spin slow ..kdg2 boleh.. kdg2 tak boleh.. yg jahanam baju asben lagi.. kena sound lagi huhu.. Mak kata, “guna mesin basuh semi auto laa, yg basuh sebelah dan kering sebelah tu.. baju tak rosak. Dulu lg mak dah ckp!”. Aku angguk pala laju2..

Skrg dia dah rosak 50% sbb spin system dah rosak. Bila dah jadi mcm ni (kena terjah kucing dari atas lemari)..


Ingat dah tak boleh jalan dah.. rupanya masih boleh mencuci.. masa ni la terkenang betapa dia ni byk berjasa dalam hidup aku.. Bila dia dah uzur begini baru la baju2 aku sekeluarga jadi elok dah, tak de babulu dah (sbb spin rosak so perah guna tangan la baju semua jadi elok hehe).. kalau ada panas matahari, aku biarkan di ampaian baju2 tu sampai petang.. kalau banyak mencuci, dan cuaca mendung lak, sidai dalam 2 jam je, aku sumbat dalam mesin kering..

boleh terus lipat baju lepas guna mesin kering ni..
Sejak ada dia (mesin kering) ni, asben tak pandang kedai dobi.. huhu!


2 comments:

AQisH said...

fuhh..yg pengering tu best tuu ;)

.::Gee::. said...

AQisH - a'ah, mmg cukup memudahkan.. tp bil letrik.. huhu! sendiri mau ingat ahakss

Top Ad 728x90