Mar 8, 2009

Family Day di FRIM - 7 Mac

Jam menunjukkan jam 7 pagi. Di kala ini aku sepatutnya sudah berada di FRIM. Suami yang telah berjanji balik pada waktunya belum jua muncul. Aku bermain2 dgn kucing2ku sambil menunggu anakku, Ewan bersiap. Aku berdoa semoga hari ni ada kelainan dan tidak berlalu dgn kebosanan seperti temanya - "Kami Bahagia"

7.15 suamiku menunggu di parking dan aku yg berwajah masam-masam buah bersama Ewan bergegas mendapatkannya. Kami sampai di FRIM lebih kurang 7.30 pagi.



Agak kagum dengan suasana padang yg penuh dengan kanopi dan belon2 yg berwarna warni. Ku lihat bos dan Z telahpun berada di kaunter pendaftaran. Ketika berjalan menuju ke arah mereka, ku lihat Ewan tidak ceria. Nak gelak pun ada. Agaknya dia merungut di dalam hati kerana terpaksa bangun di hari minggu.

Selepas melihat Z berurusan di kaunter dengan para peserta, aku pun turut sama membantunya. Carol dan Obey menyusul kemudian. Ku lihat setiap beg telah siap diisi dengan 2 botol air mineral, 2 biji buah, roti krim, sebuku kek pisang & gula-gula. Setiap keluarga mendapat 1 tiket hadiah bertuah. Hidangan sarapan pagi ialah mihun, 2 keping kuih dan air kotak setiap orang.

Aku lihat suamiku mula mengerut kening. Mungkin dia terlalu letih kerana baru balik kerja pagi ni. Aku biarkan dia tidor di kereta.

Pagi itu dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan ikrar Rukun Negara. Setelah timbalan menteri merasmikan majlis, acara pun bermula dengan senamrobik. Aku dan bos berlari2 anak ke tengah padang untuk menyertai mereka yang lain. Best! di akhir senamrobik ada tarian poco-poco! Tgh asyik menari, bos ku hilang entah ke mana. Ku perhatikan masing2 mengeluh melihat kasut dan selipar mereka. Maklum lah padang agak becak.

Sebelum acara sukaneka bermula, aku sarankan suami pulang ke rumah dan berehat sementara waktu. Sukaneka benar2 menarik perhatian orang ramai. Ewan yang pada awalnya mengasingkan diri menjadi teruja bila dipanggil oleh Obey untuk menyertai acara dewasa. Acara pertama yang disertainya, "berjalan menggunakan terompah" gagal meraih sebarang tempat. Aku hanya duduk menjaga barang2 yang masih ada di kaunter dan menyaksikan gelagat peserta dari jauh. Sekali sekala aku menjeling ke arah hadiah2 cabutan bertuah yang begitu banyak tersusun. Hadiah utama ialah sebiji motorsikal.

Lamunanku terhenti bila ku lihat Ewan berlari2 mendapatkan ku membawa hadiah tempat pertamanya. Wajahnya mula ceria. Selepas meletakkan hadiah di sisiku dia kembali ke padang untuk menyertai jikalau ada lagi pertandingan yang boleh disertainya.

Sambil mendengar pengumuman nombor2 bertuah yang telah dicabut aku masih lagi duduk di bawah khemah dek kerana kepanasan.

Ewan kembali lagi membawa hadiah yang lain. Dalam hati berbunga mengenangkan apakah agaknya hadiah yang beliau akan dapat di sebalik bungkusan yang berbalut kemas.


Tiba-tiba ku terdengar nombor ku - 0176 disebut... Hmm agak kecewa. Anganku dapatlah membawa balik tv atau motor yang dipamerkan. Hahaha! Besar betol anganku. Aku gelak sendiri..

Setelah makan tengah hari, kami bergegas pulang dan tidak menunggu sehingga habis acara yang berlangsung. Ramai juga yang berpusu-pusu pulang dan menyebabkan jalan keluar dari FRIM sesak.

Selepas membuka hadiah yang berbalut anakku menunjukkan muka masam. Kesian.. sangkanya hadiah tersebut berbentuk play station atau buku yang sesuai dengan usianya. Tapi inilah yang dia dapat..


Katanya, mama ambillah semua.. hehe.. Kesian..

0 comments:

Top Ad 728x90