Mar 8, 2009

Akademi 1001 Rasa 2009


Seorang wanita cina dlm lingkungan usia 20an bersama fail dan pen menghampiriku ketika aku sedang memasang topi keledar di hadapan plaza Low Yat. Di dalam hatiku, tentu dia nak jual barang atau tengah buat survey. Sebelum dia membuka mulut dengan segera aku berkata 'tak mau' sambil menggelengkan kepala.



"Akak saya bukan menjual barang. Akak ada sedikit masa atau akak nak cepat?"
Aku memandang suamiku. Dia leka menghidupkan enjin motor kami. Wanita tadi terus bertanya lagi.


"Akak pandai masak tak?"
Hishh mcm tau2 je dia ni aku tak pandai masak. Aku segera angguk kepala.


"Akak interested tak nak join rancangan komedi masakan?"
Apa yg keluar dari mulutku ialah, " Haa? ini kena masuk tv ke? oh tidakkk!! tak mauu
Akak maluuuuu!"

Bila aku berpaling pada suami, wanita tadi terus bertanyakan perkara yg sama pada suamiku. Suamiku terus setuju tanpa rasa segan silu. Sementara dia memberikan nama dan no. telefonnya pd wanita tersebut, aku terlihat di atas kertas tertulis "Akademi 1001 Rasa 2009". Wanita itu menjelaskan progam tersebut merupakan satu program di TV9 dan meminta suami ku beri kerjasama supaya ditemuramah oleh Chef Kamarul oleh pihaknya di situ.

Suami bersama Chef Kamarul dan kru2 TV9

Ku lihat kru2 di situ masing2 mengenakan t-shirt berwarna hitam dengan lambang produk Baba's. Aku segera mengeluarkan kamera yg kebetulan dibawa untuk menangkap aksi2 mereka. Seorang wanita melayu di situ memujukku turut ditemuramah sebagai supporter kepada suami. Walaupun pada mulanya aku enggan tapi menurut juga bila suamiku yang sedang ditemuramah terus menunjukku dan lensa kamera di arahkan kepadaku.

Dengan topi keledar yang masih di kepala, Chef Kamarul terus mengajukan soalan kepadaku dengan kamera yang terpasang siap.

Oleh kerana tergamam aku tak ingat apa soalannya, tapi sepanjang temuramah spontan tu aku asyik menunjukkan tanda bagus sebagai tanda menyokong suami dalam program ini. :))


"Abg mmg tak pandai masak, ada sekali dia masak nasi goreng campur asam jawa!"

Itulah antara kata-kataku di waktu itu. Mungkin rakaman temuramah tersebut akan tersiar di TV9 dalam sedikit masa lagi.

Kami balik ke rumah dengan senyuman lebar dan tak henti2 gelak di atas motorsikal mengenangkan peristiwa ini.

"Mana tau nanti abang masak lebih sedap dan pandai memasak selepas ni" ujar suamiku.

Hmmmmmmm... aku merenung jauh ke atas jalanraya.


Aku posing atas motor :)

0 comments:

Top Ad 728x90